Secara umunya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Kewangan KWAPM yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan KWAPM yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Apakah bantuan KWAPM?
Bantuan KWAPM adalah bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Tabung KWAPM telah ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan pada 10 April 2003.
Ia bertujuan memberi bantuan kepada pelajar miskin supaya tidak tercicir dalam meneruskan persekolahan selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa pada Januari 2003.
Selaras dengan perubahan dasar pengurusan tabung KWAPM, Surat Ikatan Amanah telah dipinda dan diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia pada 25 Mac 2014.
Kebanyakan penerima BKM & BPR, ada antara mereka merupakan golongan miskin & miskin tegar. Jadi, anda boleh merancang untuk memohon bantuan ini.
Kadar Bantuan KWAPM
Kadar baru Bantuan KWAPM yang diputuskan bermula tahun 2017 adalah seperti berikut :-
- Bagi pelajar Sekolah Rendah, bantuan sebanyak RM100 setahun
- Bagi pelajar Sekolah Menengah, bantuan sebanyak RM150 setahun
Pemilihan atau Kriteria Pemilihan
- Warganegara Malaysia berdasarkan catatan dalam sijil kelahiran. Sekiranya tiada bukti taraf kewarganegaraan Malaysia, penentuan taraf kewarganegaraan perlu dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk pengesahan. Bagi murid Orang Asli, dokumen permohonan pengesahan taraf kewarganegaraan daripada JAKOA boleh diguna pakai.
- Murid Tahun 1 hingga 6 dan Tingkatan 1 di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
- KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH atau DMOA yang disahkan berada pada status Miskin atau Miskin Tegar sahaja.
- Murid miskin berstatus Orang Asli mengikut Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Pindaan 1974) dan kemiskinan KIRnya disahkan sebagai
- Miskin atau Miskin Tegar oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
- Pendapatan Isi Rumah untuk murid DSA adalah berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa.
- Murid yang telah menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)/Biasiswa Sukan (BS)/Program Pelajar Projek Khas Sekolah
- Berasrama Penuh (PKSBP)/Biasiswa Kerajaan Negeri/yayasan/swasta atau apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan KWAPM.
- Bagi murid berkeperluan khas/orang kelainan upaya (OKU) juga tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan KWAPM kerana telah dibayar Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) oleh KPM sebanyak RM150.00 sebulan.
- Murid yang bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (menerima (PKSBP) Projek Khas SBP) atau sekolah yang tidak berada di bawah pentadbiran KPM tidak layak menerima bantuan KWAPM.
- Murid hanya layak menerima bantuan KWAPM di bawah satu (1) jenis data sahaja, walaupun nama murid tersenarai di dalam ketiga-tiga jenis data (e-KASIH, DMOA dan DSA).
Cara Memohon Bantuan
Semua murid Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar di dalam sistem eKASIH dan murid Orang Asli yang berdaftar di dalam Sistem eDamak dan yang telah disahkan sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR akan diberikan bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan.
Cara Mendaftar eKASIH
Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui
- telefon
- surat
- e-mel rasmi
- membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800