Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Badan Berkanun
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan pada 14 Februari 1973 melalui penggubalan Akta LPP 1973 (Akta 110), Akta Lembaga Pertubuhan Peladang.
Penubuhan LPP adalah bertujuan untuk memikul tanggungjawab membantu mempertingkat ekonomi dan sosial masyarakat tani di bawah satu badan yang berperanan khusus.
Jawatan Yang Ditawarkan
Kerani (Bengkel)
- Taraf: Kontrak Percubaan 3 Bulan
- Kekosongan: Satu (Lelaki)
- Penempatan: PPN Jentera Besut
- Gaji: RM1,200 Sebulan
Syarat Lantikan
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lulus dalam subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik atau
- Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/Politeknik atau institusi yang diiktiraf oleh kerajaan adalah digalakkan untuk memohon
- Mahir dalam menggunakan komputer (Microsoft Office: Word, Excel, Power Point dan lain-lain)
Cara Memohon Jawatan
Individu yang berminat dan berkelayakan boleh memohon dengan mengemukakan resume berserta surat permohonan secara bertulis atau menggunakan borang permohonan yang boleh didapati di pejabat PPN Jentera Besut berserta mengemukakan perkara-perkara berikut:
- Salinan sijil-sijil akademik
- Sekeping gambr warna berukuran passport
Borang atau resume yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut:
Pengurus
PPN Jentera Besut
Gerai,
22000 Jerteh
Tarikh tutup permohonan pada 20 Januari 2022