Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti KIU (PDK) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Jabatan
PDK adalah program yang diwujudkan oleh Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya(JPOKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Ianya merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti setempat bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial orang kurang upaya (OKU).
PDK dilaksanakan melalui usaha bersepadu OKU, keluarga, komuniti dan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial yang bersesuaian. Program ini dikendalikan di seluruh negara dengan penglibatan aktif komuniti sama ada di pusat PDK atau di rumah.
Jawatan Yang Ditawarkan
Petugas PDK
- Gaji; RM1,200
- Jawatan tetap
- Jam bekerja normal
- Kelayakan Akademik: SPM / O Level / SKM Tahap 1 / SKM Tahap 2 / SKM Tahapl 3 atas setaraf
- Kekosongan: 2
Tugasan Kerja
- Bertanggungjawab kepada penyelia PDK, jawatankuasa PDK dan PKMD serta menjalankan tugas2 yang diarahkan oleh mereka dari semasa ke semasa.
- Bertanggungjawab mendaftar OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada minggu pertama kehadiran OKU di PDK.
- Bertanggungjawab menjalankan aktiviti pemulihan , pembelajaran dan kegiatan lain bagi OKU mengikut nisbah 1:5 mengikut kurikulum yang telah ditetapkan.
- Menggunakan daya kreativiti bagi aktiviti OKU
- Mengurus dan mengemaskini rekod di PDK
- Mengadakan lawatan ke rumah keluarga OKU seminggu sekali mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa PDK dengan persetujuan keluarga terbabit.
- Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh jawatankuasa pdk dan dinasihatkan oleh PKMD dari semasa ke semasa berkaitan pengurusan PDK.
Cara Memohon Jawatan
Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).
Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan (KLIK SINI).