Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.
Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) & juga pengeluaran ahli KWSP, kerajaan telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.
Salah satu bantuan tersebut adalah bantuan BMT yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan BMT adalah sebanyak RM600 seorang yang akan disalurkan melalui 2 peringkat iaitu RM300 pada bulan November 2021 dan RM300 pada bulan Disember 2021.
Kaedah Pembayaran Bantuan
Bantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.
Apakah bantuan BMT?
Pada pembentangan Belanjawan 2021 yang lalu, kerajaan telah meluluskan Bantuan Musim Tengkujuh Pekebun Kecil dan Penoreh Getah (BMT) melalui RISDA. Bantuan ini melibatkan jumlah peruntukan sebanya RM191 juta kepada para pekebun kecil di seluruh Malaysia.
Syarat Kelayakan Penerima BMT
Terdapat dua kategori dengan syarat kelayakan yang berbeza. Berikut adalah penerangannya secara lebih terperinci:
1. Syarat Kelayakan Bagi Pekebun Kecil RISDA
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
- Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
- Pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah
2. Syarat Kelayakan Bagi Penoreh Bukan PemilikĀ
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
Cara Memohon BMT 2021
Bagi mereka yang memenuhi syarat serta memerlukan bantuan ini, anda boleh mengikut langkah-langkah berikut:
- Melakukan semakan secara atas talian di pautan berikut: http://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
- Pemohon boleh pergi ke pejabat RISDA berdekatan melalui temujanji