Tahun 2021 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Sedar atau tidak, masih ramai yang terus berjuang untuk mencari rezeki bagi menampung kos kehidupan diri sendiri dan juga keluarga.
Bagi yang memerlukan bantuan kewangan, tidak perlu risau kerana pada bulan Disember ini terdapat beberapa bantuan yang akan disalurkan. Berikut adalah tarikh-tarikh bantuan akan disalurkan kepada anda yang memerlukan:
1) Tarikh Bayaran BKC RM300 Fasa 3
Bagi pembayaran Fasa 3 BKC akan disalurkan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Disember 2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.
Pada bulan November yang lalu, BKC Fasa 2 telah dikreditkan kepada akaun penerima bermula 25 November. Jadi, dijangkakan bagi Fasa 3 ia akan dikreditkan seperti tarikh yang biasa.
Anda boleh melakukan semakan status kelayakan BKC di pautan berikut: https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
2) Tarikh Bayaran i-Citra RM1000 Bulan Disember 2021
Seperti sebelum ini, tarikh bayaran untuk bulan Disember 2021 dijangka dikreditkan ke akaun pencarum yang dibuat secara berperingkat bermula 1 Disember 2021 (Rabu).
Pembayaran akan dilakukan pada hari bekerja dan pengkreditan amaun ke akaun bank ahli mengambil masa 1-3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank masing-masing.
Jika anda salah seorang penerima sebelum ini, status boleh disemak dipautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
3) Tarikh Bayaran 11 Bantuan JKM
FB Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bahawa Bayaran Bantuan Kewangan JKM bagi bulan DISEMBER 2021 telah dikreditkan kepada penerima mulai 25hb-30hb November 2021.
Bayaran bagi Bulan JANUARI 2022 pula akan dikreditkan kepada penerima mulai 1hb-10hb Januari 2022.
Terdapat 11 jenis bantuan JKM seperti berikut:
- Bantuan Kanak-kanak (BKK) – Untuk mohon; KLIK SINI
- Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Bantuan Am Persekutuan (BA) – Untuk mohon; KLIK SINI
- Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan (BAT)
- Bantuan Latihan Perantis (BLP) – Untuk mohon; KLIK SINI
- Bantuan Geran Pelancaran (BGP) – Untuk mohon; KLIK SINI
- Tabung Bantuan Segera (TBS) – Untuk mohon: KLIK SINI
- Bantuan Warga Emas (BWE)
- Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)
4) Tarikh Diskaun Pembayaran PTPTN
Jika ingin menikmati diskaun-diskaun ini, pastikan anda melakukan bayaran dalam tempoh diskaun bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
Pakej diskaun adalah seperti berikut:
- Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman:
Contoh jika baki hutang adalah RM10,000 dan peminjam memilih menghabiskan semua hutang tersebut. Maka, peminjam hanya perlu bayar RM8,500 sekaligus. - Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran:
Contoh jika baki hutang adalah RM10,000 dan peminjam memilih menghabiskan separuh hutang tersebut iaitu RM5,000. Maka, peminjam hanya perlu bayar RM4,400. - Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual:
Contoh peminjam membayar melalui potongan gaji atau debit terus secara bulanan mengikut jadual sebanyak RM100 sebulan. Maka, anda hanya akan membayar sebanyak RM90 sebulan.