Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diumumkan dan diberikan oleh kerajaan kepada mereka yang layak mengikut kategori. Namun begitu, situasi kini telah berubah dan mungkin status seseorang individu itu berubah kesan dari PKP sebelum ini.
Pada tahun hadapan, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan mula diagihkan dengan jangkaan bermula pada Mac 2022. Jadi, mereka yang sebelum ini tidak layak mendapat bantuan, masih berpeluang jika melakukan langkah-langkah tertentu.
Jika Tidak Terima Secara Automatik, Anda Ada Masa Sebulan
Menurut Timbalan Menteri Kewangan 1 Mohd Shahar Abdullah mengatakan bahawa individu yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh membuat pendaftaran atau mengemas kini maklumat masing-masing bermula 1 hingga 31 Januari depan.
Untuk penerima BPR sebelum ini, mereka tidak perlu membuat permohonan BKM kerana bantuan akan diberikan secara automatik dengan bayaran pertama dijangka pada Mac 2022.
Sebelum Ini Kategori M40 Kini B40, Boleh Terima BKM
Proses pendaftaran akan dibuka pada 1 hingga 31 Januari bagi memastikan mereka yang layak, namun tiada dalam pangkalan data diberikan peluang untuk memohon dan pendaftaran serta kemas kini boleh dibuat menerusi laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menurut Timbalan Menteri Kewangan 1 lagi, bagi mereka yang dahulu M40 sekarang sudah rasa termasuk dalam B40 boleh kemas kini rekod masing-masing bermula Januari.
Pihak Kementerian Kewangan akan bagi tempoh sebulan untuk mereka berbuat demikian dan maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk di laman web LHDN.
Oleh itu, jika anda termasuk dalam kumpulan tersebut, sila ambil maklum pengumuman semasa dengan melawati pautan berikut: https://www.hasil.gov.my/