Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak syarikat di bawah Agensi Badan Berkanun ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Agensi
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara atau ringkasnya KEJORA adalah salah sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia yang berfungsi sebagai agen Pembangunan Wilayah bagi kawasan Tenggara Negeri Johor.
Salah satu anak syarikatnya KEJORA Development Holding Sdn Bhd membuka tawaran kerja seperti berikut:
Jawatan Yang Ditawarkan
- Penolong Eksekutif Akaun (1 Kekosongan)
- Penolong Eksekutif Pembangunan Perniagaan (1 Kekosongan)
- Eksekutif Pembangunan Perniagaan (1 Kekosongan)
- Penolong Eksekutif Audit (1 Kekosongan)
Syarat Umum Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 25 tahun pada tarikh tutup iklan
- Memiliki sekurang-kurangnya SPM/Diploma/Ijazah mengikut jawatan yang ditawarkan
Untuk membaca dengan lebih terperinci syarat kelayakan bagi setiap jawatan, boleh pergi ke pautan berikut: KLIK SINI
Cara Memohon
Pemohon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan berminat hendaklah menghantar permohonan terus melalui email: [email protected]
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Disember 2021.