Tahun 2022 pastinya menjadi tahun yang bertuah buat kita semua rakyat Malaysia. Ini kerana pelbagai jenis bantuan akan dilaksanakan mernagkumi semua kategori masyarakat.
Ini termasuklah bantuan Program Baucar Perlindungan Tenang yang mana kerajaan bersetuju menaikkannya daripada RM50 kepada RM75.
Menarikyna, baucar ini juga nanti boleh digunakan membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022.
Tujuan Bantuan
Program Baucar Perlindungan Tenang bertujuan untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan B40 atau penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.
Baucar ini akan diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.
Cara Semak Kelayakan
Sebelum menebus, anda perlu membuat semakan kelayakan secara atas talian (online) dengan langkah-langkah berikut:
- Langkah 1: Layari portal MyPTV (KLIK SINI).
- Langkah 2: Masukkan maklumat No Kad Pengenalan anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”.
- Langkah 3: Klik butang “Cari”. Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya.
Sebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan atau ejen/pengedar syarikat insurans / pengendali takaful yang sah yang menawarkan produk Perlindungan Tenang untuk menyemak kelayakan anda.
Cara Menebus Baucar
1. Jika anda layak, berikut adalah cara penebusan baucar:
- Langkah 1: Layari portal MyCoverage (KLIK SINI).
- Langkah 2: Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang”. Klik pada ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk masing-masing seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
- Langkah 3: Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut.
- Langkah 4: Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli produk tersebut. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, no Kad Pengenalan, umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda mungkin juga perlu memasukkan nombor Baucar Perlindungan Tenang unik anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian.
2. Jika tidak mahu melakukan secara atas talian, berikut kaedah penebusan dan pembelian di kaunter:
- Anda juga boleh menebus baucar ini secara langsung dari kaunter pejabat cawangan atau ajen/pengedar sah syarikat insurans/pengendali takaful.
- Ketika di sana, anda amat disarankan untuk meneliti dan dan fahami maklumat asas serta manfaat produk, termasuk menyemak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
- Jika anda ingin meneruskan pembelian, anda akan diminta untuk mengisi maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembelian.