Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Institut Kemahiran MARA (IKM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Yang Ditawarkan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Guru pendidikan Islam (Lelaki))
- Taraf jawatan : Sambilan
- Gaji ditawarkan : RM100/ Sehari
Syarat Kelayakan Jawatan
- Warganegara Malaysia
- Berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 05 Disember 2021.
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta diploma pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan malaysia dan mana-mana yang setaraf.
- Lain-lain kelayakan yang telah ditetapkan anda boleh rujuk pada lampiran yang kami telah berikan dipautan berikut: KLIK SINI
Cara Memohon Jawatan
Semua permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyertakan resume dan dokumen-dokumen seperti berikut.
- Nama jawatan yang dipohon.
- Butiran-butiran peribadi.
- No. telefon / email
- Pengalaman kerja
- Salinan ijazah / Diploma / Sijil-sijil kelulusan yang berkaitan dan semua maklumat hendaklah disahkan dan benar.
- Salinan sijil kelahiran.
- Lain-lain maklumat yang disyaratkan berserta gambar berukuran passport 3 keping.
Semua maklumat berikut hendaklah dihantarkan ke alamat seperti berikut:
Pengarah
Institut Kemahiran MARA Johor Bahru
Jalan Taruka Off Jalan Datin Halimah
Karung Berkunci 848
80990 Johor Bahru Johor
Tarikh tutup permohonan pada 5 Disember 2021