Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Agensi Kerajaan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupakan pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Agensi ini ialah di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.
DBKL bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar.
Jawatan Yang Ditawarkan
1) PEMBANTU AWAM (PENYELENGGARA RUMAH REHAT DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR) GRED H11 (KONTRAK/TETAP) DI LEGOLAND, JOHOR
- RM1,218.00 – RM2,939.00
- KEKOSONGAN: 01
2) PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19 (KONTRAK/TETAP)
- RM1,353.00 – RM4,005.00
- KEKOSONGAN: 02
3) ARTIS BUDAYA GRED B19 (KONTRAK)
- RM1,360.00 – RM4,032.00
- KEKOSONGAN: 29
4) AHLI MUZIK GRED B29 (KONTRAK)
- RM1,499.00 – RM5,679.00
- KEKOSONGAN: 11
5) PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA29 (KONTRAK/TETAP)
- RM1,549.00 – RM5,701.00
- KEKOSONGAN: 01
Cara Memohon
- Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL.
- Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Diploma, STPM, STAM, Sijil Matrikulasi, SPM, SVM, PT3, PMR, sijil-sijil dan
lesen memandu atau resume bagi jawatan berkaitan sehingga dihubungi untuk temu duga. - Calon yang mempunyai Diploma dan Sijil hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/
Catatan
- Borang Permohonan secara atas talian (online) yang tidak lengkap akan ditolak.
- Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
TARIKH BUKA IKLAN : 13 NOVEMBER 2021(SABTU)
TARIKH TUTUP IKLAN : 27 NOVEMBER 2021 (SABTU)