Bagi mereka merupakan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN), berita gembira untuk anda semua kerana Kerajaan Persekutuan melalui PTPTN melaksanakan pelbagai Insentif Bayaran Balik PTPTN dalam Bajet 2022.
Ia bertujuan bagi memudahkan proses bayaran balik dan memupuk sikap bertanggungjawab. Seperti disebut oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul bahawa sebagai pinjaman, semestinya ia satu amanah yang wajib dibayar semula oleh peminjam. Jika tidak, ia menafikan peluang anak-anak kita pada masa hadapan.
Berikut adalah perincian senarai diskaun bayaran balik PTPTN yang diumumkan baru-baru ini.
Jenis-Jenis Diskaun
Diskaun yang boleh dinikmati peminjam PTPTN adalah seperti berikut:
1. Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
Contoh jika baki hutang adalah RM10,000 dan peminjam memilih menghabiskan semua hutang tersebut. Maka, peminjam hanya perlu bayar RM8,500 sekaligus.
2. Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
Contoh jika baki hutang adalah RM10,000 dan peminjam memilih menghabiskan separuh hutang tersebut iaitu RM5,000. Maka, peminjam hanya perlu bayar RM4,400.
3. Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual
Contoh peminjam membayar melalui potongan gaji atau debit terus secara bulanan mengikut jadual sebanyak RM100 sebulan. Maka, anda hanya akan membayar sebanyak RM90 sebulan.
Tarikh & Tempoh Diskaun
Jika ingin menikmati diskaun-diskaun ini, pastikan anda melakukan bayaran dalam empoh diskaun bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
Cara Mohon Pemotongan Gaji/Direct Debit
Jika anda ingin membayar PTPTN direct debit sila ke pautan berikut: https://www.ptptn.gov.my/direct_debit/direct_debit.html
ATAU
jika ingin melalui potongan gaji, layari pautan berikut: https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline/