Selepas pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat lalu, antara yang menjadi perbualan ramai adalah berkenaan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Ini kerana, pada awalnya ramai menyangka bantuan ini tidak melibatkan golongan bujang dan hanya terhad kepada isi rumah yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah sahaja.
Bagaimanapun, pihak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) selepas itu tampil menjelaskan pelaksanaan sebenar BKM di bawah Bajet 2022.
Bayaran BKM setiap kategori
Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 dan ke bawah)
- Mempunyai lebih 3 orang anak: RM2,000
- Mempunyai 1 ke 2 orang anak: RM1,500
- Tidak mempunyai anak: RM1,000
Isi rumah (berpendapatan RM2,501 – RM5,000)
- Mempunyai lebih 3 orang anak: RM800
- Mempunyai 1 ke 2 orang anak: RM600
- Tidak mempunyai anak: RM400
Ibu/bapa tunggal & Warga Emas isi rumah (berpendapatan RM2,500 dan ke bawah)
- Ibu/bapa tunggal: RM500
- Warga Emas: RM300
Warga Emas bujang/tiada pasangan (berpendapatan kurang RM5,000)
- Warga Emas bujang/tiada pasangan: RM600
Bujang (berpendapatan RM2,500 dan ke bawah)
- Bujang (<RM2,000): RM350
Melalui BKM, ia akan melibatkan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion dan bakal memanfaatkan kira-kira 9.6 juta penerima.
“Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Bajet 2022 boleh dirujuk – DI SINI.