Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Prasaranan mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Majikan
Prasarana Malaysia Berhad adalah merupakan syarikat milik kerajaan 100% yang ditubuhkan pada 11 September 1998. Ia bertujuan untuk memiliki aset-aset kebanyakan perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur.
Ia sebagai satu langkah penstrukturan semula pengangkutan awam ibu negara tersebut. Ibu pejabatnya terletak di B-20-1, Level 20, Menara UOA Bangsar, No 5, Jalan Bangsar Utama 1, 59000 Kuala Lumpur.
Jawatan Yang Ditawarkan
Pegawai Stesen (Station Officer)
Tanggungjawab Kerja
Memberi sokongan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang kepada penumpang dan kakitangan di stesen LRT berkenaan dengan kemudahan, keselamatan, kebersihan, tindak balas dan bantuan kecemasan, dan sebarang tugas lain yang diperlukan.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi:
- Diploma dalam apa jua bidang.
- Berumur 21 hingga 35 tahun.
- Kemahiran interpersonal yang baik.
- Sikap menarik dan ceria.
- Kemahiran perkhidmatan pelanggan yang baik dan boleh berkomunikasi dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Memiliki lesen sama ada B2 atau D dan calon dengan pengangkutan sendiri dianggap kelebihan.
- Bersedia bekerja secara syif dan boleh mula serta merta.
Cara Memohon
Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).
Pemohon yang berminat boleh mengimbas Kod QR pada gambar di bawah
ATU mengisi borang dan menyerahkan bersama lampiran cv/resume ATAU klik pautan di berikut: https://passport.prasarana.com.my/jw/web/userview/RECRUITMENT/recruit_userview/_/employment_application