Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum mengemukakan sebarang permohonan.
Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kini sedang membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.
Berikut adalah info kekosongan jawatan yang ditawarkan:
Info Jawatan
KERANI
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (tugas-tugas pentadbiran am, perakaunan, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
- Membantu menyediakan laporan.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur kurang dari 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Diploma dalam bidang berkaitan/SPM/kelulusan profesional yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
- Pengalaman melebihi 1 tahun di dalam bidang yang berkaitan. Keutamaan dalam bidang pentadbiran;
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik;
- Bertanggungjawab, amanah, proaktif, berdedikasi dan komited serta memiliki kemahiran komunikasi yang baik.
Cara Memohon
Bagi yang berminat dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume beserta salinan sijil-sjil berkaitan yang disahkan ke alamat e-mel: [email protected].
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan disenarai pendek sahaja yang akan dijemput menghandiri temuduga.
Mereka yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 2 bulan, hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan pada 5 NOVEMBER 2021.
Iklan rasmi jawatan kosong – DI SINI.