Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Perodua Sales Sdn Bhd mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Majikan
Perodua Sales Sdn Bhd. bertanggungjawab untuk penjualan, pemasaran dan pengedaran semua kenderaan Perodua serta operasi selepas penjualan dan alat ganti.
Ibu pejabat Perodua terletak di lokasi seluas 522 hektar di Sungai Choh, Rawang, yang terdiri dari bangunan korporatnya, dua kemudahan pembuatan kenderaan, sebuah fasiliti penyelidikan dan pengembangan dengan landasan ujian, gudang pengedaran, pusat suku cadang, pusat latihan, taman eko , dan pusat jagaan kanak-kanak.
Jawatan Yang Ditawarkan
Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:
- Eksekutif – Perhubungan Korporat & Komunikasi
- Pembantu Pentadbiran (Sementara)
- Pembantu Pegawai Hal Ehwal Masjid Perodua – Siak Wanita (Kontrak)
- Pegawai Penolong Hal Ehwal Masjid Perodua – Imam 2 (Kontrak)
- Jurutera
- Pereka
- Penasihat Jualan POV
- Eksekutif Penjagaan Pelanggan
Syarat Umum Lantikan
Calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat pendidikan sekolah rendah, Sijil Kemahiran sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
Cara Memohon
Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).
Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan (KLIK SINI)