Pasti ramai penerima i-Citra ternanti-nanti bilakah tarikh bayaran i-Citra bulan kedua akan dikreditkan? Baru-baru ini KWSP ada berkongsi maklumat tentang pembayaran rasmi i-Citra bagi bulan 10 ini.
Kami kongsikan maklumat kini pembayaran kepada anda.
Tarikh Pembayaran i-Citra
Untuk pengetahuan anda, pembayaran i-Citra bagi Oktober akan bermula pada 1 Oktober 2021. Pengkreditan amaun ke bank ahli akan mengambil tempoh masa 1 – 3 hari bekerja dan bergantung kepada prosedur bank.
Jadual Bulanan Pembayaran i-Citra
Seperti i-Sinar, pembayaran i-Citra juga adalah seperti berikut:
Tarikh pembayaran bulan pertama akan sama dengan tarikh pembayaran bulan kedua dan seterusnya.
Contohnya jika bayaran pertama bermula pada 2 Ogos 2021, bayaran kedua berkemungkinan akan jatuh pada 2 September 2021, begitu juga dengan bulan-bulan berikutnya jika jatuh pada hari bekerja.
Jika lambat, bayaran akan dikreditkan dalam tempoh maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan berkenaan.
Menurut pegawai KWSP, pemohon boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan maklumat terkini tentang pembayaran.
Cara Membuat Semakan Status i-Citra
Semakan i-Citra boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu melalui laman web i-Citra atau i-Akaun.
Untuk membuat semakan melalui laman web i-Citra:
- Buka laman web i-Citra KWSP di https://icitra.kwsp.gov.my/
- Klik pada butang SEMAK STATUS
- Isikan maklumat yang diminta
- Status permohonan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan
Untuk membuat semakan pembayaran melalui i-Akaun:
- Buka aplikasi i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Log masuk menggunakan ID dan Kata laluan yang telah didaftarkan
- Kemudian semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
- Klik pada WITHDRAWAL HISTORY
- Seterusnya klik pada paparan yang ada bertulis i-Citra
- Tarikh bayaran akan dipaparkan seperti contoh di bawah
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan i-Citra, anda boleh menghubungi Hotline i-Citra di 03-8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us
Untuk info terkini melalui media sosial, anda boleh melayari Facebook rasmi KWSP.