Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Majikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia merupakan agensi kerajaan Persekutuan di Malaysia yang mentadbir hal ehwal agama Islam di Malaysia. Pentadbirannya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Ibu pejabatnya terletak di Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya.
Jawatan Yang Ditawarkan
- PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM – GRED S19
- Tugas: Sebagai Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA)
- Gaji: RM1,352 (minima)
- Penempatan & kekosongan: Pahang (3), Selangor (2), Johor (2), Perak (1) & Kelantan (1).
- PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM – GRED S19
- Tugas: Penyelia KAFA
- Gaji: RM1,352 (minima)
- Penempatan & kekosongan: Sabah (2), Sarawak (2), Kelantan (2), Perak (2), Kedah (1), Johor (1), Pulau Pinang (1) & Selangor (1).
- PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM – GRED S29
- Tugas: Sebagai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD)
- Gaji: RM1,493 (minima)
- Penempatan & kekosongan: Terengganu (1) & Perlis (1).
- PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM – GRED S19
- Tugas: Sebagai Penggerak Masyarakat Saudara Kita (PMSK)
- Gaji: RM1,352 (minima)
- Penempatan & kekosongan: Sarawak (1).
- PEMANDU KENDERAAN – GRED H11
- Gaji: RM1,264.15 (minima)
- Penempatan & kekosongan: Sarawak (1).
- PENERBIT RANCANGAN – GRED B41
- Gaji: RM2,095 (minima)
- Penempatan & kekosongan: Wilayah Persekutuan Putrajaya (2) & Sabah (1).
- PENERBIT RANCANGAN – GRED B19
- Gaji: RM1,360 (minima)
- Penempatan & kekosongan: Wilayah Persekutuan Putrajaya (2)
Syarat Umum Lantikan
Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
- Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
Cara Memohon
Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).
Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan nendaftar dan menghantar permohonan melalui pautan berikut: Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)(KLIK SINI).
Tarikh tutup permohonan pada 30 SEPTEMBER 2021, KHAMIS (11.59 malam).