Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum mengemukakan sebarang permohonan.
Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Jantung Negara (IJN) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.
Berikut adalah info kekosongan jawatan yang ditawarkan:
Info Jawatan
- Ahli Farmasi
- Taraf: Kontrak
- Pharmacy Technician
- Taraf: Sementara
- Peri-Operative Surgeon Assistant
- Taraf: Tetap
Syarat-syarat Kelayakan
Untuk lantikan, calon hendaklah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Memiliki kelayakan dari peringkat Diploma hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan
*KLIK SINI, untuk syarat-syarat kelayakan lengkap setiap jawatan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan ingin memohon, permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian di portal MYFutureJobs atau KLIK SINI.
Calon dikehendaki mendaftar dahulu di portal berkenaan sebelum boleh mengemukakan sebarang permohonan.
Untuk memudahkan akses di portal tersebut, calon turut disarankan untuk membukanya di komputer atau mengaktifkan mode Desktop Site di browser telefon pintar masing-masing.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 SEPTEMBER 2021, kecuali bagi jawatan Peri-Operative Surgeon Assistant iaitu pada 17 SEPTEMBER 2021.