Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Terknologi Mara (UiTM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Majikan
UiTM membuka peluang besar-besaran kepada mereka berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) dan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di:
- UiTM Shah Alam
- UiTM Cawangan Selangor
- Hospital UiTM, Kampus Puncak Alam
- Pusat Pakar Perubatan UiTM, Kampus Sungai Buloh / Selayang
Jawatan Yang Ditawarkan
- Profesor
- Pensyarah
- Pegawai Pergigian
- Jurutera Awam/Mekanikal
- Pegawai Optometri
- Pegawai Undang-Undang
- Pegawai Teknologi Maklumat
- Pegawai Penilaian
- Penolong Bendahari
- Pegawai Keselamatan
- Penolong Pendaftar
- Penolong Pendaftar Bidang Pengurusan Asrama
- Pegawai Sukan
- Jurupulih Perubatan
- Jururawat
Dan pelbagai lagi jawatan yang doleh dilihat secara terperinci di pautan berikut: Iklan Jawatan UiTM PDF (Klik Sini)
Syarat Lantikan Umum
Calon yang ingin memohon mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Kelayakan akademik seperti SPM, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan ke atas mengikut jawatan yang dimohon
Syarat lantikan secara terperinci bagi setiap jawatan boleh dilihat di pautan berikut: Iklan Jawatan UiTM PDF (Klik Sini)
Cara Memohon
Untuk calon yang ingin mencuba, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar resume dan surat permohonan ke pautan berikut: http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/
Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 September 2021 (Jumaat).