Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak BS Print (M) Sdn Bhd mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Majikan
BS Print (M) Sdn Bhd adalah Syarikat Percetakan yang memanfaatkan teknologi terkini dan semangat tenaga kerjanya untuk memenuhi keperluan percetakan pelanggannya dari semua industri.
Misi syarikat adalah berkembang dengan mantap untuk menjadi syarikat percetakan terkemuka di wilayah kami dan memberi penghargaan kepada pihak berkepentingan kami dengan memenuhi sepenuhnya potensi kami.
Beralamat di No. 10, Jalan Indrahana 1, Taman Indrahana, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Jawatan Yang Ditawarkan
Pemandu Lori
- Taraf jawatan: Sepenuh masa
- Gaji: RM2,000 – RM2,800
- Penempatan: No. 10, Jalan Indrahana 1 Off Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
Syarat Lantikan
- Memiliki lesen Kelas E dan GDL
- Boleh berbahasa Malaysia atau Inggeris
- Memiliki sekurang-kurangnya 3 Tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan
- Berumur 30 tahun dan ke atas.
- Mesti biasa dengan laluan Lembah Klang.
- Mampu mula kerja dengan kadar segera.
Cara Memohon
Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).
Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar resume dan surat permohonan ke pautan berikut: MOHON SEKARANG (KLIK SINI)