Buat ketika ini, rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan B40 dan M40 telah pun menerima bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk Fasa 1 & 2 pada Februari dan Mei lalu.
BPR adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah Belanjawan 2021 yang diperkenalkan bagi merangsang ekonomi dan membantu rakyat berdepan dengan suasana negara yang mencabar.
Untuk tahun 2021, nampaknya tinggal satu sahaja Fasa BPR yang belum dibayar kepada rakyat iaitu Fasa 3. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BPR Fasa 3: –
Kadar Bayaran BPR Fasa 3
Untuk maklumat, BPR diberikan semua rakyat Malaysia yang berpendapatan dari bawah RM2,500 hingga RM5,000.
Akan tetapi, untuk golongan bujang (59 tahun dan ke bawah) tidak akan merima pembayaran Fasa 3, kerana mereka hanya layak untuk Fasa 1 dan 2 yang telah pun dikreditkan ke akaun masing-masing.
Kadar bayaran BPR Fasa 3 terbahagi kepada dua iaitu:
Isi rumah yang menerima bayaran Fasa 1 BPR 2021 >>>
Permohonan Baharu BPR 2021 / Bukan Penerima Fasa 1 >>>
Tarikh Bayaran
Berkenaan dengan tarikh pembayaran BPR Fasa 3, ia dijangkan akan dikreditkan ke akaun penerima pada bulan September 2021 secara berperingkat.
Sebarang maklumat berkenaan BPR juga boleh dirujuk di laman rasmi BPR – DI SINI.
Untuk Soalan-soalan Lazim (FAQ) berkenaan BPR, ia turut boleh dirujuk DI SINI (PDF).