
Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.
MAKLUMAT JABATAN

Nama Jabatan
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Deskripsi Jabatan
Membangun dan memajukan infrastruktur, industri pembinaan dan perkhidmatan profesional yang berkualiti supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Lokasi Jabatan
Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
MAKLUMAT JAWATAN
Nama Jawatan
Arkitek Gred J41
Deskripsi Tugas
Merancang, mereka bentuk bangunan baru, menerima dan mengkaji ringkasan projek
(project’s brief), melawat tapak projek, menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk
(sketch drawings) reka bentuk terperinci, lukisan kerja
(working drawings) dan penentuan
(specifications).
Syarat Kelayakan
1. Syarat Umum
a. warganegara Malaysia
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
2. Syarat Akademik
a. Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
3. Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Gaji Yang Ditawarkan
1. Gaji Permulaan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina : RM2,736.28 (Gred J41)
Cara Permohonan
Semua permohonan hendaklah dibuat pada pautan
disini
Tarikh Tutup Permohonan
Mohon sebelum 16 Ogos 2021
Iklan Penuh Permohonan –
Rujuk Disini