Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Proton Commerce Sdn. Bhd. mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Deskripsi Majikan
Proton Commerce Sdn Bhd (PCSB) diperbadankan pada 27 Oktober 2003 dan mula beroperasi pada 1 Mac 2004. Ia merupakan syarikat usaha sama 50:50 antara Proton Edar Sdn Bhd (PESB) dan CIMB Bank Berhad (CIMB).
Ia menawarkan pakej pembiayaan pinjaman sewa beli yang kompetitif kepada pembeli kereta Proton baru melalui rangkaian penjualan PESB di seluruh negara.
Dengan gabungan infrastruktur kedua-dua entiti tersebut, PCSB dapat memberikan tawaran yang lebih baik untuk pembiayaan kereta Proton bersama dengan proses permohonan dan persetujuan yang cepat.
Jawatan yang ditawarkan
1. Perunding Pinjaman Auto
- Tempat: Subang Jaya
- Taraf: Kontrak
- Gaji: RM2,500 – RM2,999 (boleh runding)
2. Perunding Pinjaman Auto
- Tempat: Johor Bharu
- Taraf: Kontrak
- Gaji: RM2,500 – RM2,999 (boleh runding)
Syarat-syarat Lantikan
Calon bagi lantikan, hendaklah:
- Memiliki sekurang-kurangnya Diploma / Lanjutan / Tinggi / Diploma Siswazah dalam Pengajian Perniagaan / Pentadbiran / Pengurusan, Kewangan / Perakaunan / Perbankan atau setaraf.
- Calon dengan kelayakan SPM yang mempunyai pengalaman berkaitan dalam Sewa Beli (Hire Purchase) / perbankan runcit atau pinjaman pengguna runcit lain turut digalakkan untuk memohon.
- Pengalaman minimum 1 hingga 2 tahun di institusi kewangan / perbankan dan / atau industri penjualan yang berkaitan.
- Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang sangat baik.
- Kemahiran menjual dan rundingan yang baik.
- Seorang yang positif, berorientasikan hasil dan agresif dalam penjualan.
- Mesti mempunyai pengangkutan sendiri.
- Lulusan baru juga digalakkan untuk memohon.
- Bahasa yang diperlukan – Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.
Cara Memohon
Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI). Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar resume dan surat permohonan ke pautan berikut: MOHON SEKARANG