Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Deskripsi Majikan
Jabatan Kemajuan Masyarakat atau KEMAS adalah lanjutan jabatan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961 dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program “Pembasmian Buta Huruf”. KEMAS juga adalah pengelola utama kepada tabika di Malaysia.
Jawatan yang ditawarkan
Penolong Jurutera Gred JA29
- Secara kontrak
- Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Pembangunan Luar Bandar
- Gaji: RM1,549.00 – RM5,701.00
- Bidang Awam: 12 Kekosongan
- Bidang Elektrik: 7 Kekosongan
Syarat Lantikan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Calon hendaklah memiliki kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
- Memiliki diploma akademik dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Salah satu bidang yang diberi keutamaan adalah seperti berikut:
i. Diploma Kejuruteraan Awam
ii. Diploma Kejuruteraan Elektrik - Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai Majlis Konvokesyen);
- Memiliki Nilai CGPA 3.00 ke atas;
- Pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 12 bulan boleh diberikan keutamaan;
- Mempunyai kemahiran dalam bidang menganalisa data / maklumat adalah satu kelebihan;
(i) Mahir menggunakan perisian Microsoft Office;
(j) Mempunyai Lesen Memandu Kelas B2 atau D.
Cara Memohon
Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI). Tarikh tutup 24 Ogos 2021.
Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar resume dan surat permohonan ke pautan berikut: https://kis.kemas.gov.my/