Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.
Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) kini sedang membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.
Berikut adalah maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan
PENOLONG PENGARAH GRED 41 (TERBUKA)
- Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
- Klasifikasi Perkhidmatan: Terbuka
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Lokasi: Putrajaya
- Gaji: RM2,422 – RM10,530
- Kenaikan tahunan: RM225
Syarat-syarat kelayakan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi umur 56 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sekurang-kurangnya memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang teknologi atau setara dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pendidikan tinggi.
- Syarat Bahasa Malaysia – calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Mempunyai kemahiran komputer dan akplikasi teknologi terkini;
- Mempunyai pengalaman secara langsung dalam pengurusan akreditasi teknologi dan teknikal di institusi pendidikan tinggi;
- Berkebolehan bertutur dan penulisan yang baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Bidang tugas
- Membantu pengarah dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti;
- Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, aktiviti dan operasi TTAS;
- Mengawal, merancang serta mengeluarkan arahan yang tepat kepada pegawai dan kakitangan supaya hasil kerja yang dikeluarkan adalah produktif dan berkualiti semasa menjalankan kerja luar dan semasa di pejabat;
- Bertanggungjawab mentadbir dan menyelia pejabat TTAS serta kakitangan;
- Menyelia kerja-kerja pejabat dengan menyemak hasil kerja laporan akreditasi supaya lengkap, kemas, teratur dan berkualiti sebelum dikemukakan kepada pihak berkenaan;
- Mengurus, memantau, mengawal selia, mentaksir dan menambah baik proses akreditasi dan operasi TTAS;
- Memastikan urusan pentadbiran dan operasi TTAS berjalan dengan lancar; dan
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Cara memohon
Kepada yang berminat, permohonan jawatan boleh dibuat DI SINI dengan mengisi maklumat diri dan memuat naik resume terkini.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan & melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
Iklan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 OGOS 2021, ISNIN, JAM 12 TENGAH HARI.