Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.
MAKLUMAT JABATAN
Nama Jabatan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Deskripsi Jabatan
Mengukuhkan Pengurusan Kewangan Sektor Awam secara berhemat dengan dasar yang progresif dan sistem perakaunan yang efisien menerusi kakitangan profesional dan kolaborasi strategik.
Lokasi Jabatan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2, 62594 Putrajaya.
MAKLUMAT JAWATAN
Nama Jawatan
Penolong Pembangunan Sistem (MyStep)
Syarat Dan Kelayakan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
1. Syarat Umum
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
2. Syarat Akademik
a. Diploma Sains Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan/atau kelayakan yang setaraf dengannya.
3. Syarat Lain
a. Berkemahiran menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP Hypertext Preprocessor (PHP) dan database MYSQL/MariaDB
b. Kemahiran lain dalam menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti Java, Javascript, CSS, etc sangat dialu-alukan
c. Berdisiplin dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum
Gaji Yang Ditawarkan
RM1,800 termasuk KWSP dan Perkeso
Cara Permohonan
Permohonan rasmi hendaklah dibuat dengan menghantar resume yang terkini dan salinan sijil berkaitan ke emel berikut : [email protected] (tajuk emel PERMOHONAN MyStep JANM)
Tarikh Tutup Permohonan
15 Ogos 2021