Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd & Levels Group Sdn Bhd mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan yang ditawarkan & syarat lantikan
PEMANDU LORI – 10 TON ( Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd)
- Memiliki sekurangnya pendidikan Sekolah Rendah / Menengah / SPM.
- Memiliki sekurangnya 1 tahun pengalaman bekerja dan mereka dengan pengalaman dalam industri FMCG akan menjadi kelebihan tambahan.
- Memiliki lesen memandu yang sah berdasarkan keperluan lori.
- Bertanggungjawab, komited dan berdedikasi untuk tugas yang diberikan,
- Bersedia bekerja di Cyberjaya.
- Mesti boleh bekerja dari hari Isnin hingga Sabtu.
PEMANDU LORI (Levels Group Sdn Bhd)
Gaji: RM3,000 – RM3,500
- Memiliki sekurangnya PMR/ SPM/lain-lain.
- Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris (simple English)
- Mempunyai lesen penuh E bersendi
- Boleh memandu lori FL-10 manual
- Tahu selok belok port dan depot untuk tujuan pick up/drop off tong dan sebagainya
- Boleh mula bekerja dalam masa yang terdekat
- Bertanggungjawab, rajin, amanah, menepati masa dan bersedia untuk belajar
- Boleh berdepan dengan pelan perjalanan yang berubah-ubah mengikut keadaan semasa dan keperluan customer/syarikat
- Boleh menggunakan aplikasi nagivator seperti Google Maps, Waze dan lain-lain
- Tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah
Deskripsi Kerja
PEMANDU LORI – 10 TON ( Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd)
- Menghantar barang kepada pelanggan seperti yang tertera pada pesanan pengiriman (DO).
- Memastikan penghantaran selamat dan tepat pada waktunya kepada pelanggan dan semua barang dikendalikan dengan berhati-hati.
- Membantu semasa memuatkan dan memunggah barang / stok ke lori setiap hari.
- Bekerjasama dengan petugas lori untuk memastikan penghantaran barang dalam kuantiti yang tepat seperti yang dinyatakan DO.
- Menjaga kebersihan lori dan kemas sepanjang masa.
- Melaksanakan tugas dan tanggungjawab lain yang berkaitan seperti yang ditugaskan oleh pihak atasan.
PEMANDU LORI (Levels Group Sdn Bhd)
- Memandu kenderaan mengikut jadual yang telah ditetapkan;
- Membuat pemeriksaan keadaan enjin, minyak, tayar dan lain-lain perkara berkaitan lori;
- Membuat laporan kerosakan kenderaan;
- Membantu dalam menyelenggara kenderaan syarikat;
- Membawa kenderaan termasuk treler untuk pemeriksaan JPJ/ Puspakom;
- Bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebersihan lori;
- Menghantar/ mengambil tong kosong/ laden;
- Menggantikan driver lori 5 ton dan loading dan unloading barang (jika perlu);
Cara Memohon
Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini:
- Iklan Jawatan Pemandu Lori 10 Ton di Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd (KLIK SINI).
- Iklan Jawatan Pemadnu Lori di Levels Group Sdn Bhd (KLIK SINI)
Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar resume dan surat permohonan ke pautan berikut:
- MOHON SEKARANG PEMANDU LORI 10 TON LAM SOON EDIBLE OILS SDN BHD (KLIK SINI)
- MOHON SEKARANG PEMANDU DI LEVELS GROUP SDN BHD (KLIK SINI)