Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.
Kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Malaya (UM) kini sedang membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.
Berikut adalah maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan
PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
- Taraf jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,377 – RM4,052
- Kenaikan tahunan: RM100
Syarat-syarat Kelayakan
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. Gaji Permulaan : RM1,377.00
Bidang Kursus:- Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
- Teknologi Kejuruteraan Awam
- ATAU
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji Permulaan : RM 1,435.12
- ATAU
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kompetensi
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai
Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji Permulaan : RM1,435.12 - ATAU
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya Gaji Permulaan : RM1,493.24
- ATAU
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kompetensi
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Gaji Permulaan : RM1,493.24
- DAN
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) di peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Bidang Tugas
Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan mekanikal, pepasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.
Cara Memohon
Bagi yang berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman e-Recruitment UM dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.
Maklumat iklan jawatan secara terperinci, KLIK SINI.