Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Deskripsi majikan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai Dewan Latihan RIDA yang terletak di Petaling Jaya, UiTM membuka pintu kepada lebih kurang 50 pelajar dengan fokus untuk membantu orang Melayu di luar bandar.
Kini, UiTM telah berkembang menjadi institusi pendidikan tinggi terbesar di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan (akademik dan bukan akademik), dan pendaftaran pelajar.
Jawatan-jawatan yang ditawarkan
- Pegawai Eksekutif Bidang: Hal Ehwal Islam
- Kerani Bidang: Hal Ehwal Islam
- Pemandu
- Pengawal Keselamatan
Syarat Lantikan
Calon mestilah memenuhi syaraat umum berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda mengikut jawatan yang dipilih
Maklumat untuk syarat-syarat yang terperinci boleh KLIK DI SINI
Cara Memohon
Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI). Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar resume dan surat permohonan mengikut langkah-langkah berikut:
(a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA
(b) Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Pahang di http://pahang.uitm.edu.my atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
(c) Tarikh tutup permohonan adalah pada hari 9 Ogos 2021 jam 5.00 petang.
(d) Sila kemukakan permohonan kepada:
TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG, KAMPUS JENGKA
26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
NO.TEL : 09-4602000 / 4602033
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.