Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.
Kepada yang sedang mencari pekerjaan, khabar baik menanti anda kerana Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti KIU kini sedang membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.
Berikut adalah maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan:
Maklumat jawatan
PETUGAS PDK
- Taraf jawatan: Tetap
- Gaji: RM1,200
Syarat-syarat kelayakan
- Memiliki sekurangnya Sijil Pelajaran Malaysia – SPM / O Level / SKM Level 1 / SKM Level 2 / SKM Level 3 atau setaraf.
Bidang tugas
- Bertanggungjawab kepada penyelia PDK, jawatankuasa PDK dan PKMD serta menjalankan tugas2 yang diarahkan oleh mereka dari semasa ke semasa.
- Bertanggungjawab mendaftar OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada minggu pertama kehadiran OKU di PDK.
- Bertanggungjawab menjalankan aktiviti pemulihan , pembelajaran dan kegiatan lain bagi OKU mengikut nisbah 1:5 mengikut kurikulum yang telah ditetapkan.
- Menggunakan daya kreativiti bagi aktiviti OKU
- Mengurus dan mengemaskini rekod di PDK
- Mengadakan lawatan ke rumah keluarga OKU seminggu sekali mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa PDK dengan persetujuan keluarga terbabit.
- Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh jawatankuasa pdk dan dinasihatkan oleh PKMD dari semasa ke semasa berkaitan pengurusan PDK.
Cara memohon
Bagi calon yang berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal: MyFutureJobs.
Pemohon juga perlu berdaftar dahulu di portal berkenaan, mengisi maklumat diri dengan lengkap dan tepat bagi memudahkan permohonan jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
Tarikh tutup permohonan pada 15 OGOS 2021.