Iklan kekosongan jawatan Bil. Sesi I Tahun 2021 kini telah dibuka. Tarikh iklan dibuka adalah pada 19/07/2021 dan akan ditutup pada 09/08/2021. Sila kemaskinikan maklumat peribadi anda dan anda boleh memilih maksimum tiga (3) jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda.
Maklumat majikan
Lembaga Air Perak (LAP) suatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah Enakmen Lembaga Air Perak 1988 bagi maksud menyediakan perkhidmatan bekalan air di negeri Perak. LAP telah ditubuhkan pada 1 Januari 1990.
Sebelum penubuhan LAP, perkhidmatan bekalan air di Perak pada mulanya dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya Perak dan kemudiannya oleh Jabatan Bekalan Air Perak.
Lembaga Air Perak yang membekalkan air bersih untuk lebih daripada 2.5 juta orang adalah yang ketiga terbesar operator air di Malaysia selepas Selangor dan Johor
Senarai Jawatan Kosong:
Pemohon-Pemohon Adalah Dipelawa Daripada Warganegara Malaysia (Keutamaan Kepada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak) yang Berkelayakan Sahaja, Layak Memohon Kekosongan Jawatan Dalam Lembaga Air Perak Seperti Berikut :
1. Penolong Jurutera ( GredJA29)
- Klasifikasi Perkhidmatan : Pelaksana
- Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
- Taraf : Kontrak
- Keutamaan diberikan kepada bidang berkaitan Kejuruteraan Awam, Elektrik & Mekanikal
2. Pembantu Kemahiran ( GredH19)
- Klasifikasi Perkhidmatan : Pelaksana
- Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
- Taraf : Kontrak
- Keutamaan diberikan kepada bidang berkaitan Paip & Bekalan Air, Elektrik, Jurugegas (Jentera), Kenderaan Bermotor dan Kimpalan
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) ( GredN19)
- Klasifikasi Perkhidmatan : Pelaksana
- Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
- Taraf : Kontrak
4. Pembantu Awam ( GredH11)
- Klasifikasi Perkhidmatan : Pelaksana
- Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
- Taraf : Kontrak
Cara Memohon
Bagi yang ingin memohon, sila mendaftar sebagai pemohon baru dengan menggunakan kad pengenalan baru anda sebagai ID Pengguna anda di pautan berikut: https://lapcareer.lap.com.my/spa_daftar.php