Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.
Kepada yang sedang mencari pekerjaan, khabar baik menanti anda kerana Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) kini sedang membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.
Berikut adalah maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan
- PEGAWAI TADBIR – GRED N41
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N29
- PENOLONG AKAUNTAN – GRED W29
- PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN – GRED G29
- PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA – GRED JA29
- PELUKIS PELAN (Seni Bina)/PENOLONG PEGAWAI SENIBINA – GRED JA29
- PEMBANTU TADBIR – GRED N19
- PEMBANTU PENGUATKUASA – GRED KP19
- PENGAWAL KESELAMATAN – GRED KP11
- PEMBANTU AWAM – GRED H11
- PEMBANTU OPERASI – GRED N11
Syarat-syarat Kelayakan
Bagi lantikan jawatan, calon hendaklah:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Memiliki kelayakan dari peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah/Sijil Pelajaran Malaysia (mengikut ketetapan syarat jawatan) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Cara Memohon
Bagi calon yang berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian di: Portal e-Perjawatan KETENGAH (KLIK SINI).
Calon juga dikehendaki mendaftar dulu di portal berkenaan, mengisi maklumat diri dengan betul dan tepat bagi memudahkan urusan permohonan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
Untuk maklumat rasmi iklan jawatan, KLIK SINI.
Tarikh tutup permohonan pada 24 JULAI 2021.