Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.
Kepada yang sedang mencari pekerjaan, khabar baik menanti anda kerana Koperasi Angkatan Tentera Malaysia (Koperasi Tentera) kini sedang membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.
Berikut adalah maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan
- Penolong Pengurus, Keanggotaan
- Penempatan: Kuala Lumpur
- Kerani Gred 2 (Teller)
- Penempatan: Cawangan Subang Perdana
Syarat-syarat Kelayakan
Penolong Pengurus, Keanggotaan
- Terbuka kepada bekas/pesara tentera berpangkat Kapten dan ke atas yang mempunyai pengalaman di dalam pengurusan rekod perkhidmatan tentera, gaji, elaun dan perjawatan anggota tentera atau yang berkaitannya dalam Angkatan Tentera Malaysia.
- Minima 5 – 6 tahun pengalaman di dalam pengurusan hal-ehwal kebajikan anggota.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perniagaan/ kewangan/ pemasaran/ perbankan atau berkaitan dengannya. Kemahiran pengurusan yang baik, boleh berkomunikasi di semua peringkat pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia. Skil penyelesaian konflik yang baik, analisis dan boleh memimpin.
Kerani Gred 2 (Teller)
- Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam Matematik dan Bahasa Melayu/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Sijil Kemahiran atau Diploma dalam bidang Perakaunan/ Pentadbiran Perniagaan/ Pengurusan atau setaraf dengannya dari IPTA/ IPTS yang diiktiraf oleh MQA.
- 1-2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan akan diberi keutamaan.
- Mempunyai skil komunikasi yang baik, personaliti yang baik dan sopan serta boleh mengendalikan pertanyaan dan aduan dari pelanggan.
- Mempunyai asas perakaunan adalah satu kelebihan.
- Mahir menggunakan komputer.
- Boleh melaksanakan tugas di bawah pengawasan yang minima.
- Boleh melaksanakan tugasan yang pelbagai (multi-tasking).
Bidang Tugas
Penolong Pengurus, Keanggotaan
- Melapor kepada Ketua Unit Keanggotaan berhubung dengan operasi harian berkaitan operasi harian di Unit Keanggotaan dan menyediakan kaedah penyelesaian terhadap isu-isu operasi.
- Menyelia pengurusan hal-ehwal keanggotaan seperti anggota baharu, anggota masuk semula, anggota mohon berhenti dan sebagainya.
- Membangunkan pelan untuk mengukuhkan hubungan dengan pasukan, anggota dan sebagainya melalui aktiviti pemasaran / ceramah / aktiviti / perkhidmatan.
Kerani Gred 2 (Teller)
- Memberikan perkhidmatan pelanggan di kaunter dan bertugas sebagai “teller”.
- Memasukkan data, membuat pengiraan kelayakan permohonan pembiayaan, memproses permohonan pembiayaan, pengeluaran simpanan, menerima bayaran dari anggota dan lain-lain tugasan di kaunter.
- Melaksanakan tugas pentadbiran dan memastikan dokumen disimpan dengan baik.
- Membantu Ketua Cawangan melaksanakan aktiviti pemasaran/ ceramah dan sebagainya.
Cara Memohon
Bagi yang berminat, maklumat iklan jawatan secara terperinci boleh didapati di LAMAN INI. Permohonan juga boleh dibuat di laman sama dengan klik ‘Apply Now’ pada jawatan yang hendak dimohon.
Bagaimanapun, pemohon perlu mendaftar dahulu di sistem laman web tersebut, sebelum boleh mengemukakan sebarang permohonan.
Hanya calon menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.