Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.
Kepada yang sedang mencari pekerjaan, khabar baik menanti anda kerana Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) kini telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.
Berikut adalah maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan
- PEMANDU LORI
- Gaji: RM1,220 – RM3,615
- PENYELIA OUTLET
- Gaji: RM1,357 – RM5,256
- PEKERJA AM
- Gaji Permulaan: RM1,200
Syarat-syarat Kelayakan
PEMANDU LORI
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Kelulusan / Kemahiran:
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Mempunyai lesen memandu sekurang-kurangnya Kelas GDL yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)) dengan rekod bersih JPJ dan trafik;
- Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan;
- Boleh bekerja secara berdikari, komited, bersedia untuk bekerja lebih masa dan bekerja pada hari minggu dan cuti kelepasan am.
PENYELIA OUTLET

PEKERJA AM
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Kelulusan / Kemahiran:
- Memperolehi kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Bagi yang berminat, maklumat rasmi iklan jawatan boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dibuat dengan menghantar SURAT PERMOHONAN dan RESUME ke alamat e-mel: [email protected] ATAU ke alamat:
PKPS MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD. BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Tingkat 10, Wisma PKPS Persiaran Perbandaran, Seksyen 14 40675 Shah Alam Selangor Darul Ehsan (U/P: Puan Majidah Binti Mohd Said) No. Telefon : 03-55192621
Hanya calon menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga. Dan jika dipanggil menghadiri temuduga, calon hendaklah membawa bersama dokumen-dokumen (asal dan salinan) berikut:
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran
- Sijil Berhenti Sekolah
- Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
- Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia
- Sijil Kelulusan Institusi Pengajian Tinggi
- Sijil-sijil lain yang difikirkan perlu
- 1 keping gambar berukuran pasport
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri dan salinan Sijil Kelahiran anak-anak (bagi calon yang telah berkahwin)
Tarikh tutup pemohonan adalah pada 21 JULAI 2021.