Jabatan Penerangan merupakan nama yang diguna pakai pada tahun 1950 menggantikan Department of Public Relations selaras dengan fungsinya sebagai lidah rasmi kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat mengenai falsafah, dasar, dan wawasan negara.
Selaras dengan perkembangan terkini dunia tanpa sempadan tanggungjawab Jabatan semakin mencabar dalam mentransformasikan perkhidmatan agar Libat Urus (Engagement), Turun Padang (Outreach), Analitik Data Raya (Big Data Analytic) dan Pembujukan (Advocacy) dapat dilaksana menggunakan teknologi digital dan komunikasi bersemuka.
Jabatan diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Malaysia (KKMM) selepas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).
Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Malaysia beroperasi di Kompleks KKMM mulai tahun 2009 dan berkomunikasi seluruh negara melalui pejabat penerangan negeri dan daerah mendekati pelbagai lapisan masyarakat di peringkat akar umbi.
Jabatan Penerangan Malaysia sedang mencari calon lantikan kontrak Personel MySTEP dan kriterianya adalah seperti berikut:
Jawatan yang ditawarkan
Gelaran Tugas: Penterjemah Bahasa (Mandarin)
Syarat Lantikan
- Berkelayakan Ijazah Sarjana Muda
- Memiliki sijil penterjemah
- Boleh menterjemah Bahasa Mandarin ke Bahasa Melayu
- Boleh bekerja di Putrajaya
- Kontrak bulan Ogos – Disember 2021
Gaji
Gaji seperti di dalam Garis Panduan Perolehan Kontrak Personel MySTEP (RM2000/bulan untuk Ijazah Sarjana Muda)
Manfaat
- Cuti Rehat (5 hari)
- Cuti Sakit (6 hari)
- Layak caruman KWSP dan Perkeso
Cara Memohon
Boleh hantar permohonan menerusi emel dengan menghantar Resume dan sijil-sijil berkaitan pada [email protected] dengan subjek “MySTEP Penterjemah Mandarin”.