Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.
MAKLUMAT JABATAN
Nama Jabatan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)
Deskripsi Jabatan
Wawasan luar bandar sejahtera menggambarkan hasrat Kerajaan untuk memastikan masyarakat luar bandar mempunyai akses kepada infrastruktur dan kemudahan sosial yang setanding dengan kawasan bandar. Kawasan luar bandar disasarkan akan menawarkan peluang pekerjaan dan perniagaan yang dapat meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar.
Lokasi Jabatan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar No 47, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya, Malaysia
MAKLUMAT JAWATAN
Nama Jawatan
Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
Deskripsi Tugas
Melaksanakan dasar, urusan pentadbiran di peringkat Jabatan dan naziran pelaksanaan program-program latihan yang telah dirancang oleh Kementerian.
Syarat Dan Kelayakan
1. Syarat Umum
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
2. Syarat Pendidikan
(i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Yang Ditawarkan
1. Gaji Permulaan Peringkat Ijazah Sarjana Muda : RM2,078 (Gred S41)
2. Gaji Permulaan Peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian : RM2,281.86 (Gred S41)
Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila layari laman web rasmi SPA pada pautan berikut – Mohon Disini
Tarikh Tutup Permohonan
4 Julai 2021
Iklan Penuh Permohonan – Rujuk Disini