Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.
Kepada yang sedang mencari pekerjaan, khabar baik menanti anda kerana Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini telah membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.
Berikut adalah maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan
Pegawai Belia dan Sukan – Gred S48
- Taraf jawatan: Contract Of Service/Pinjaman
- Penempatan: Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Aras 10, Menara KBS, Putrajaya
- Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
- Jadual Gaji: Gaji Permulaan Gred S48 – RM5,117
- Bilangan Kekosongan: Satu (1)
- Keutamaan/ Kelebihan: Mempunyai latar belakang dalam bidang pembangunan belia dan penyelidikan sains sosial
Bidang tugas
- Bertanggungjawab merancang program penyelidikan termasuk mereka bentuk kajian, pengumpulan data dan penganalisaan maklumat serta penilaiannya ke atas dasar dan program pembangunan belia.
- Menyelia dan membimbing pelaksanaan pengurusan operasi khidmat pengurusan mengikut Pekeliling Kerajaan.
- Menyelia aspek perlaksanaan aktiviti/ program sokongan penyelidikan dalam pembangunan belia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan agensi-agensi yang berkaitan.
- Memastikan hubungan kerjasama di antara IYRES dan kementerian/ agensi/ institusi dan lain-lain berkaitan pembangunan belia supaya mencapai objektif strategik dan impak penyelidikan IYRES.
- Memastikan proses semakan dan memastikan pengesahan semakan ke atas dokumen-dokumen berkaitan operasi khidmat pengurusan.
- Bertanggungjawab menghasilkan kerangka konsep program di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk keperluan IYRES.
- Menyelia dan memastikan sebaran maklumat dan info berkaitan IYRES sampai ke peringkat pemegang taruh pembangunan belia.
- Menjalin kerjasama dan perhubungan serta mewujudkan “Partners Networks” dengan agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun serta organisasi di sektor swasta, sama ada di dalam mahupun di luar negara.
- Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa Pengurusan IYRES dan bertanggungjawab menghadiri mesyuarat pengurusan secara berkala.
- Menerima dan menjalankan arahan dari semasa ke semasa.
Cara memohon
Kepada yang berminat, maklumat iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dibuat dengan mengemukakan:
- Resume;
- Salinan Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah;
- Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan); dan
- Borang permohonan perjawatan (klik di sini untuk muat turun).
Setiap salinan Sijil/ Dokumen itu hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/Profesional)/Pengetua Sekolah/Wakil Rakyat/Penghulu/Ketua Kampung).
Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat e-mel: [email protected] dalam format PDF. Hanya permohonan yang melepasi tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.
Tarikh tutup permohonan pada 30 JUN 2021 (RABU).