Kepada yang sedang mencari pekerjaan, khabar gembira menanti anda kerana Majlis Minyak Sawi Malaysia (MPOC) kini telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat. MPOC adalah enjin penting yang mendorong pasaran industri minyak sawit di negara ini.
Oleh itu, kepada yang berminat anda disarankan untuk meneliti iklan kekosongan ini secara terperinci. Berikut adalah senarai jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon.
Maklumat Jawatan:
- Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Pasaran
- Gaji: RM7,950 – RM12,000
- Eksekutif Pemasaran dan Pembangunan Pasaran
- Gaji: RM3,100 – RM6,200
Syarat-syarat kelayakan:
Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Pasaran
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam Pemasaran / Perniagaan Antarabangsa / Ekonomi atau setaraf.
- Mahir dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan kemahiran menulis yang sangat baik.
- Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja dalam jawatan Pengurus yang berkaitan dengan bidang ini.
- Calon dengan latar belakang / pengalaman bekerja di Industri Kelapa Sawit atau Industri Perladangan adalah kelebihan tambahan.
- Kemahiran yang diperlukan: Kemahiran pemasaran, Kemahiran berkomunikasi, Kemahiran interpersonal, Kemahiran analitik, Kemahiran menulis Laporan, Kemahiran pengurusan, Kemahiran kepimpinan.
Eksekutif Pemasaran dan Pembangunan Pasaran
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam Pemasaran / Perniagaan Antarabangsa / Ekonomi atau setaraf.
- Mahir dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan kemahiran menulis yang sangat baik.
- Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja dalam jawatan yang berkaitan dengan bidang ini.
- Kakitangan bertanggungjawab sebagai Penganalisis Pasaran / Pegawai Perhubungan untuk Pejabat Wilayah MPOC di China. Calon dengan kemampuan berkomunikasi dalam bahasa Mandarin adalah kelebihan tambahan.
- Calon dengan latar belakang / pengalaman bekerja di Industri Kelapa Sawit atau Industri Perladangan adalah kelebihan tambahan.
- Kemahiran yang diperlukan: Kemahiran pemasaran, Kemahiran komunikasi, Kemahiran interpersonal, Kemahiran analitik, Kemahiran menulis Laporan.
Cara memohon:
Bagi calon yang berminat, maklumat iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI dan permohonan juga boleh dibuat di laman sama dengan mandaftar dulu di sistem berkenaan.
Calon disarankan mengisi maklumat diri, pendidikan, pengalaman dan sebagainya dengan benar serta tepat. Hanya permohonan yang melepasi kelayakan dan tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
Tempoh purata pemprosesan permohonan adalah selama 22 hari.