Sukacita dimaklumkan bahwa Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan aktiviti pengumpulan data untuk kajian POST VACCINATION COVID-19 IMMUNITY AND DISEASE SURVEILLANCE IN MALAYSIA (IMSURE).
Tujuan projek ini adalah mengetahui respons terhadap SARS-Cov2 dan insiden penyakit di kalangan populasi berisiko tinggi dan populasi dewasa sihat yang menerima 3 jensi vaksin COVID-19 di Malaysia.
Sehubungan dengan itu, Institut Kesihatan Umum mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:
Jawatan yang ditawarkan:
Personel MySTEP
- Kelayakan: Diploma
- Gaji Bulanan: RM1,800
- Tempoh bertugas: 1 Julai 2021 – 30 November 2021
Bidang Keutamaan:
- Diploma Mikrobiologi
- Diploma Bioteknologi/Biologi/Kajihayat
- Diploma Teknologi Makmal Perubatan
- Diploma Ijazah Sains/Biologi/Berkaitan
Kriteria Pemilihan:
- Boleh berkomunikasi dengan baik dan bekerja dalam satu pasukan
- Badan sihat dan tiada masalah kesihatan
- Boleh menerima arahan dengan baik dan bersedia bekerja di lapangan
Cara Memohon
Emelkan CV ke alamat: [email protected] atau [email protected]
Tarikh tawaran: 3 Jun 2021
Tarikh tutup tawaran: 20 Jun 2021