Sejak beberapa dekad yang lalu, Kerajaan Negeri Perlis telah cuba untuk menjadi sebuah Hab Pendidikan terkemuka dengan motto utamanya “Perlis Negeri Ilmu”. Bagi merealisasikan impian tersebut, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menubuhkan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dengan kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta.
Pada mulanya sekitar tahun 2013, KUIPs beroperasi secara sementara di Kompleks Islam Perlis dan telah beroperasi secara rasminya di Blok S1, Kompleks Desa Siswa, Sg. Chuchuh pada 3 Mac 2014. Dalam masa sama, KUIPs komited untuk menjadi salah sebuah institusi pengajian tinggi berteraskan Islam yang unggul di rantau ASEAN, serta muncul menjadi institusi pilihan kepada pelajar-pelajar Islam dari Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina dan Asia Barat.
Pengambilan sulung pelajar KUIPs telah diadakan pada Mei 2014 dengan jumlah pelajar seramai 61 orang yang terdiri daripada penuntut Program Asasi Muamalah dan pelajar Diploma Perbankan Islam. Sehingga Februari 2020, jumlah pelajar aktif di KUIPs telah meningkat kepada 963 orang – dengan penubuhan empat buah fakulti iaitu Fakulti Al-Quran & As-Sunnah, Fakulti Muamalat & Kewangan Islam, Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Perniagaan & Sains Pengurusan.
Selain program akademik, KUIPs turut menawarkan kursus-kursus jangka pendek kepada masyarakat di sekitar Negeri Perlis. Menjelang tahun 2020, KUIPs telah merencanakan pembangunan jangka panjang untuk menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi Lestari yang menekankan konsep “Sustainable Education” dan “University Community Responsibility” yang menyokong kepada pembangunan “Universiti Lestari”.
Selaras dengan peranan dan impiannya itu, kini KUIPs telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk ditawarkan kepada yang berminat dan berkelayakan.
Jawatan-jawatan yang ditawarkan:
- Pegawai Tadbir (Gred N41) (Pemasaran)
- Kelayakan: Sarjana Muda atau yang setaraf
- Gaji: RM2500 – RM2999
- Pensyarah Kanan (Gred Dk51)
- Kelayakan: Doktor Falsafah (PhD) atau yang setaraf
- Gaji: RM5000 – RM5999
- Pegawai Tadbir (Gred N43)/Gred N41
- Kelayakan: Sarjana Muda atau Yang Setaraf
- Gaji: RM4000 – RM4999
Bidang tugas jawatan
Bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan, berikut adalah bidang-bidang tugasnya:
Pegawai Tadbir (Gred N41) (Pemasaran)
- Pengiklanan & penjenamaan
- Media Sosial & promosi Digital
- Perhubungan Luar & Antarabangsa
Pensyarah Kanan (Gred Dk51)
- Melaksanakan PdP.
- Mereka bentuk dan penyampaian kurikulum
- Melaksanakan pentaksiran dan penilaian dalam bidang (bidang yang diajar)
- Bimbingan dan penyeliaan terhadap pelajar bagi memastikan pengurusan akademik berjalan lancar
Pegawai Tadbir (Gred N43)/Gred N41
- Menjalankan tugas-tugas pentadbiran
Cara permohonan:
Iklan penuh kekosongan jawatan boleh didapati DI SINI. Permohonan jawatan pula hendaklah dibuat secara atas talian di LAMAN INI dengan mendaftar dahulu di laman berkenaan.
Pemohon juga dikehendaki mengisi maklumat diri dan pendidikan yang tepat. Kegagalan berbuat demikian boleh membuatkan permohonan dibatalkan. Hanya permohonan yang melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 09 Mei 2021.
……
Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja
Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita