Kita sudah banyak mendengar kisah dan kes berkaitan rakyat marhaen yang dikompaun tanpa ada budi bicara dari pihak berkuasa. Dari pelajar kolej matrikulasi hingga pak cik yang membaca surat khabar di taman yang tiada orang, semuanya dikompaun.
Kes-kes seperti menyebabkan ramai orang begitu marah sekali, ditambah pula dengan layan berbeza terhadap orang kaya dan VVIP yang jarang kita dengar didenda.
Hari ini timbul lagi hal yang sama, apabila seorang pengguna FB, Faisal Burger berkongsi nasibnya yang dikompaun RM50,000 kerana berniaga burger di depan rumah. Tulisnya di FB:
“Alahai dugaan bulan puasa…nego burger depe tangga rumoh…kul 11 lebih polis mari…nego burger kena kompaun 50k.
Semoga rezeki aku dan keluarga bertambah ado hikmah disebalik kejadian niaga pun utk wak lepas bayar bil bule2 jah…” – FB Faisal Burger
Komen-komen netizen
Rata-rata netizen mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Namun, ramai yang bersetuju sepatutnya beri amaran dulu atau pun perlu adanya budi bicara.
Saman sebab langgar lebih masa,patut 10mlm tutup,kena saman pukul [email protected] mlm. Ni di kelantan bawah PKP
SOP PKP di kelantan tutup 10mlm. Memang tak wajar,apa kata pakat kutip derma bantu
Bukan ke masa ramadhan ni dibenarkan berniaga sampai 4 pagi? Ke dah xboleh? Carca marba betul lah skrg ni.
nape korg ramai ckp niaga sampai kul 10 je.. skang bulan pose kan bole sampai sahur.. banyak je restoran warung2 even mekdi, bukak sampai sahur..
Apa pendapat anda mengenai isu ini?
Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja
Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita