Di Ikatan Kayangan Sdn. Bhd., kami memiliki dan mengendalikan ladang kelapa sawit seluas lebih kurang 17,000 hektar di Sabah dan Kelantan.
Oleh kerana program pengembangan kami dan pertumbuhan struktur organisasi kami yang pesat, kami kini mencari individu dengan peribadi terbaik untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami.
Ikatan Kayangan Sdn. Bhd. mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:
Jawatan-jawatan yang ditawarkan
- Pegawai / Pembantu Sumber Manusia (MYR 2,500 – MYR 3,500)
- Pembantu Akaun (MYR 2,300 – MYR 2,500)
- Eksekutif Akaun (MYR 3,500 – MYR 4,000)
Kelayakan Akademik
Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Diploma hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut posisi yang dimohon
Syarat Lantikan
Syarat Bagi Pegawai / Pembantu Sumber Manusia:
- Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya diploma
Syarat Bagi Pembantu Akaun:
- Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam bidang perakaunan
- Tidak memerlukan pengalaman kerja. Lulusan baru dialu-alukan.
- Bahasa yang diperlukan: Bahasa Malaysia, Mandarin atau Kantonis
Syarat Bagi Eksekutif Akaun:
- Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya diploma perakaunan atau ijazah dalam Perakaunan
- Tidak diperlukan pengalaman kerja di ladang kelapa sawit. Pengalaman 3 tahun mengendalikan akaun set lengkap.
- Pengetahuan yang baik dalam menggunakan perisian perakaunan berkomputer dan Microsoft Office dan Excel.
- Bahasa yang diperlukan: Bahasa Malaysia, Mandarin atau Kantonis
Cara Memohon
Mengisi borang permohonan atas talian dengan lengkap di portal kerja Jobstreet. Borang boleh diisi di link yang disediakan di bawah:
- Pegawai / Pembantu Sumber Manusia (Klik sini)
- Pembantu Akaun (Klik sini)
- Eksekutif Akaun (Klik sini)
Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja
Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita