Rakyat negeri Selangor sangat beruntung kerana Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’. Tujuannya bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami.
Formula peduli rakyat oleh Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.
Melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), kerajaan negeri Selangor masih meneruskan projek rumah Selangorku. Adakah anda layak memohon dan membeli Rumah Selangorku?
Syarat-syarat Kelayakan
Berikut merupakan kriteria asas untuk menjadi pemilik kediaman RUMAH SELANGORKU:
- Pendapatan bersih cukup untuk mendapatkan pinjaman
- Berumur 18 Tahun Ke Atas
- Warganegara Malaysia
- Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Negeri Selangor
- Berpendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (seisi rumah)
Projek-projek Rumah Selangorku Terkini
- ZENOPY RESIDENCES (KEDAI MAMPU MILIK)
- APARTMENT VILLA 3 TINGKAT, SERI ADURIA @ SUBANG BESTARI (JENIS D)
- MKH BOULEVARD II (PANGSAPURI PERKHIDMATAN)
- PANGSAPURI METIA (KIOSK MAMPU MILIK)
- RESIDENSI ANGGERIK WIRA (JENIS D)
- UPPERVILLE (JENIS E) (RSKU 2.0)
Banyak lagi projek yang akan dan masih berjalan. Anda boleh melihat dan memlihanya di sini: https://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/www/index.php?id=4&page_id=17&view=all
Cara Mohon
Ini proses permohonan Rumah Selangorku yang perlu anda lakukan:
- Pengguna boleh melayari portal (https://ehartanah.lphs.gov.my) dan mendaftar sebagai pengguna.
- Pengguna boleh memilih projek hartanah dan hantar permohonan.
- Pemilihan akan dibuat oleh sistem dan diluluskan oleh jawatankuasa.
- Muat naik dokumen terpilih apabila tawaran diberikan.
- Terima surat tawaran dan laksana proses pinjaman.
- Pindah ke kediaman baru apabila hartanah siap dibangunkan.
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tidak pernah melantik mana-mana orang perseorangan, persatuan, pertubuhan mahupun syarikat untuk bertindak sebagai ejen bagi urusan permohonan dan penawaran Rumah Selangorku.
Semua permohonan Rumah Selangorku boleh dilakukan secara PERCUMA dan wajib dilakukan secara atas talian (online) SAHAJA melalui laman web https://ehartanah.lphs.gov.my. Bagi pemohon Warga Emas dan OKU boleh mendapatkan bantuan bagi melaksanakan pendaftaran daripada Pejabat ADUN / Pihak Pemaju / Ahli Keluarga terdekat.
Orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada dan dinasihatkan agar mendapatkan pengesahan segera daripada LPHS bagi sebarang keraguan mengenai urusan permohonan dan / atau penawaran Rumah Selangorku oleh mana-mana orang, persatuan, pertubuhan atau syarikat yang mendakwa bertindak sebagai ejen bagi pihak LPHS untuk mengelakkan kes penipuan yang akan menyebabkan kerugian.
Sekiranya terdapat mana-mana individu yang telah memohon Rumah Selangorku melalui ejen terlibat tanpa melalui LPHS, tindakan penguatkuasaan akan diambil oleh LPHS bagi menghalang sebarang urusan pengeluaran hakmilik strata rumah tersebut.
Garis Panduan Permohonan
- Pemohon mestilah telah melepasi syarat kelayakan permohonan
- Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan profil peribadi seperti yang dikehendaki.
- Pemohon harus membuat pilihan projek yang dikehendaki berdasarkan pilihan jenis hartanah, daerah dan mukim.
- Hanya permohonan yang LENGKAP sahaja boleh dihantar dan kemudian akan disemak dan diproses oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
- Sekiranya status pemohon telah DITAWARKAN RUMAH, maka pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut untuk proses selanjutnya:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
- Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
- Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
- Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
- Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
- Penyata KWSP (jika ada); dan
- Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
- Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih dalam status SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU.