Kementerian Kesihatan adalah salah satu kementerian yang diwujudkan di bawah kerajaan Malaysia. Fungsi kementerian ini amat penting dan ia adalah seperti berikut:
- Meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia melalui formula-formula polisi yang efisien dan cekap serta memantau perkhidmatan yang disediakan oleh pelbagai agensi kesihatan.
- Berperanan membantu individu untuk mencapai satu taraf kesihatan yang baik supaya membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.
- Menyediakan perkhidmatan dari segi pencegahan, rawatan dan pemulihan yang effektif dengan memberi tumpuan kepada golongan yang kurang bernasib baik.
- Mengembangkan sektor penyelidikan dan pembangunan kesihatan.
Pihak KKM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:
Disclaimer: Portal ini hanya menyiar ulang jawatan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) & membantu menyebarkan maklumat jawatan kosong untuk memudahkan orang awam mencari pekerjaan. Portal ini juga hanya memberi maklumat sahaja, untuk permohonan kami akan bawa kepada portal rasmi SPA.
Jawatan yang ditawarkan
- Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
- Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekodkan data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.
- Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat telefon, khidmat penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan di peringkat agensi berkaitan seperti mengendalikan panggilan telefon (peringkat dalaman dan luaran), melayani dan membantu pelanggan yang berurusan dengan agensi dan memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi.
Gaji: RM1,204.00 – RM4,003.00
Kenaikan Gaji: RM80 – RM100
Kekosongan: 2,669
Kelayakan Akademik
PMR/SPM/SVM/Diploma
Syarat Lantikan
- Memiliki PMR/ SPM/ SVM dengan kepujian Gred C dalam BM
- Memiliki Diploma dalam bidang kejururawatan
- Memiliki tahap kesihatan yang baik
- Lulus tapisan panel temuduga dari pihak KKM.
- Lokasi penempatan untuk jawatan ini akan ditempatkan di seluruh Malaysia. Semoga berjaya dalam permohonan ini.
Cara Mohon
Permohonan hanya perlu dilakukan secara online sahaja seperti langkah di bawah:
- Klik di bawah untuk ke pautan yang ditetapkan. Daftar & Login di sistem baru pengambilan SPA iaitu SPA9.
https://spa9.spa.gov.my/login - Daftar masuk sebagai pengguna MYID baru jika anda pemohon yang baru. Jika anda sudah mendaftar, anda hanya perlu login sahaja.
- Isi segala maklumat yang diperlukan. Maklumat peribadi, maklumat kokurikulum, maklumat pendidikan anda. Jika anda sudah mendaftar anda hanya perlu kemaskini maklumat anda sahaja.
- Pilih jawatan ini (Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 & Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19) di bahagian pemilihan jawatan.
- Tunggu sehingga tarikh temuduga dibuka. Anda akan dipanggil melalui email atau sms jika anda terpilih.
Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja
Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita