Kerajaan akan melaksanakan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) untuk membantu perniagaan kembali beroperasi. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, setiap perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PKS) yang layak akan menerima pemberian one-off RM1,000. Ini berdasarkan pengumuman khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) pada Rabu yang lalu.
Apakah PEMERKASA?
Bagi melonjakkan semula aktiviti ekonomi, kerajaan akan melaksanakan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA bernilai 20 bilion ringgit, dengan suntikan fiskal baharu oleh kerajaan berjumlah 11 bilion ringgit. PEMERKASA akan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.
Tarikh permohonan
- Permohonan bagi GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April 2021
Syarat Permohonan
- PKS yang tidak menerima GKP sebelum ini (GKP 1.0 dan 2.0)
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
- Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik
- Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Cara Mohon
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM.
- Permohonan secara manual tidak akan diterima.
Cara Pembayaran
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan GKP 3.0. Akaun bank mestilah aktif.