Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (”KSSB”) adalah organisasi yang bertanggungjawab menguruskan, mengendalikan dan menyediakan perkhidmatan profesional berkaitan pengeksplorasian, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral di negeri Selangor. KSSB turut dipertanggungjawabkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi kerja-kerja operasi pam air kolam (“OPAK”) dan penyelenggaraan jalan raya negeri.
Selaras dengan perkembangan operasi perniagaan Syarikat, kami mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang kompeten, berkelayakan, berwawasan, dinamik dan bersama menyumbang kepada kecemerlangan KSSB untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
Jawatan
Eksekutif Teknikal (Kejuruteraan Awam)
KUMPULAN SEMESTA SDN. BHD.
Shah Alam/Subang
Kelayakan Akademik
Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pascasiswazah, Ijazah Profesional
Syarat Lantikan
Syarat lantikan dan pengalaman:
- Memiliki kelayakan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam atau yang setaraf dengannya.
- Minimum 5 tahun pengalaman dalam sebagai Eksekutif Teknikal atau Jurutera Awam dalam bidang pembinaan kerja-kerja infrastruktur
- iii. Calon-calon yang berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalanraya adalah digalakkan memohon.
Cara Mohon
Mengisi borang permohonan atas talian dengan lengkap. Borang boleh diisi di link yang di sediakan di sini ===> Jawatan Kosong Kejuruteraan Awam (Eksekutif Teknikal) Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.