Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun yang berkelayakan adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:
Jawatan:
PENOLONG JURUUKUR GRED JA29 (TETAP/KONTRAK)
Syarat kelayakan:
- Sijil dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara permohonan:
- Permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL (klik sini).
- Pemohon-pemohon yang mempunyai Diploma dan Sijil dari institusi pengajian tinggi swasta dan luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/
- Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan SPM, Sijil Politeknik, Diploma dan Sijil-sijil atau resume sehingga dihubungi untuk temu duga.
Maklumat lanjut iklan kekosongan di laman DBKL atau klik sini.
Maklumat tambahan:
- Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.
- Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan:
29 NOVEMBER 2020