Calon-calon yang layak daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis) dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar seperti berikut:
Jawatan:
- Penolong Pegawai Undang-Undang
- Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
- Pemandu Kenderaan
Syarat-syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada anak negeri Perlis
- Kelayakan minimum PMR hingga Ijazah Sarjana Muda
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu ketika PMR dan SPM
- Mempunyai lesen memandu berkaitan untuk jawatan Pemandu Kenderaan
Cara mohon:
Permohonan hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.PS – 12 – R1-2020 yang boleh dimuat turun dalam laman web rasmi Majlis Perbandaran Kangar, Perlis (klik sini) dan semua permohonan jawatan perlu disertakan resume bersama salinan Sijil/dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
- Kad Pengenalan (depan dan belakang),
- Sijil Kelahiran (wajib disertakan),
- Sijil Berhenti Sekolah,
- Sijil-Sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/Diploma/Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan),
- Sijil Kegiatan Luar (jika ada),
- Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen (Asal) semasa menghadiri temuduga tersebut. Permohonan yang lengkap diisi beserta salinan/dokumen yang telah disahkan hendaklah dialamatkan atau disampaikan kepada:
YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS,
NO. 192, PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR,
PERLIS.
(u.p : Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia)
Sila tuliskan ’nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan. Maklumat lanjut iklan kekosongan jawatan klik sini (PDF).
Tarikh tutup permohonan:
17 November 2020 (Selasa)