Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:
Jawatan:
Pekerja Sambilan Harian
- Kumpulan perkhidmatan: Pelaksana
- Penempatan: DBP Ibu Pejabat dan DBP Hulu Kelang
Kelayakan akademik:
Kelayakan akademik | Jumlah jawatan | Gred | Bahagian | Kadar upah (RM sehari) |
SPM | 10 | N19 | Bahagian Pemasaran dan Pengedaran | 54.00 |
STPM/DIPLOMA | 2 | N29 | Bahagian Pengurusan Sumber Manusia | 72.00 |
Syarat lantikan:
SPM | Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Keutamaan kepada calon yang memiliki: (a) Lesen memandu Vokasional GDL yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); atau (b) Lesen memandu Forklif Kelas F yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). |
STPM/DIPLOMA | Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau Diploma dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia atau Pengurusan Maklumat dan Pengurusan Rekod Pejabat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia. Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dan bidang Pengurusan Maklumat dan Pengurusan Rekod Pejabat. |
Cara mohon:
Mengisi Borang Permohonan Jawatan Pekerja Sambilan Harian Borang PSM: 2/2019 dengan lengkap. Borang boleh dimuat turun dengan melayari laman sesawang DBP, http://lamanweb.dbp.gov.my. Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dihantar melalui e-mel ke alamat: [email protected]
Tarikh tutup:
06 November 2020